SPAOH , 30 Nov — Sarawak bakal memiliki syarikat penerbangan butik di bawah kelolaan Hornbill Skyways bertujuan untuk mempertingkatkan industri pelancongan di Negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Selasa.
Beliau menjelaskan perkhidmatan penerbangan tersebut akan beroperasi antara Sarawak dan hab-hab pelancongan seperti Singapura, Jakarta, Kuala Lumpur dan Hong Kong.
Datuk Patinggi Abang Haji Zohari telah membuat pengumuman tersebut ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bebuling dekat sini.
Beliau berkata ia merupakan sebuah syarikat penerbangan kecil dengan penggunaan pesawat-pesawat yang disewa.
Ditanya oleh pemberita dalam satu sidang media di akhir lawatan bila syarikat tersebut akan beroperasi, beliau menjawab, “Selepas saya mendapat mandat semulalah.”
Menjelaskan rasional untuk membina lapangan terbang tersebut, beliau berkata ia bertujuan untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan masuk dan keluar dari kawasan tersebut yang disifatkan mempunyai potensi besar dalam bidang pengeluaran makanan dan pelancongan.
Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) yang bakal dibina di Bebuling dekat sini akan siap pada September 2023.
Projek tersebut yang menelan kos sebanyak RM108 juta dan telah mula dibina pada 18 Mac lepas.
Beliau berkata para pelancong berkehendakan mod pengangkutan yang pantas ke pusat-pusat tarikan pelancongan khususnya Batang Ai dan lapangan terbang tersebut boleh menjadi pintu masuk yang penting.
Sebagai kawasan agrotech berkeluasan 300,000 hektar keseluruhannya perlu juga ada kemudahan pengangkutan yang pentas terus ke luar negara, seperti Singapura, ujar beliau.
Beliau berkata produk-produk makanan yang cepat rosak seperti sayur-sayuran yang mendapat pasaran di luar negara hendaklah dihantar dengan cepat ke pasaran lebih-lebih lagi untuk tujuan transaksi melalui platform atas talian.
Terdahulu Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut berucap.
Sumber dari : Sarawakku